November 19, 2009

KEMPEN..

Katakan TIDAK kepada 'COAL-FIRED PLANT'
Sayangi SABAH sebagai negeri yg kaya dengan biodiversiti..

sekadar gambar hiasan

Credit to Dorothy

November 5, 2009

Macam-macam

Petikan dr :
Daily Express
4hb Nov 2009

October 28, 2009

Dolu-dolu kala


Jaman budak2 lagi baini...nda ku sangka dari kecik sampai la kebesar...still menten ensom boi..wakakakkaa.....apa2 pun sa terima hakikat seada2nya...kepada mereka yg merasakan dirinya tercabar...sabar jer la ekkk......
Alaaa bukan susa mo cari sa yg mana satu....kalau kamurg butul2 kawan...cuba la teka?
???

October 21, 2009

Busy

Memberi laluan kepada ini:

Akan bersambung......dengan ini pula:

October 15, 2009

[INFO] Rahsia Alamat Email anda

Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@ gmail.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@gmail.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@gmail.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran (seperti diriku...)hahah
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ gmail.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@gmail. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

AMCAM???...ada ngam ka atau ngam atau nda ngam heheh?????